Utter Waste

WWW1, antara ego dan kepuasan diri

by zahir zainudin

Plat WWW dikatakan mendapat bidaan yang cukup lumayan kepada kerajaan. Plat WWW1 berharga RM520,000 iaitu rekod jualan paling tinggi di Malaysia. Orang yang kaya dan berpengaruh tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan apa yang mereka mahu asalkan dapat memuaskan hati. Siri WWW yang mahal adalah 2, 3, 5, 8 dan 888.

Keghairahan memiliki suatu yang mahal semakin menjadi trend masyarakat negara ini. Apa saja, termasuklah yang dianggap membazir akan diburu kerana persepsi yang berbeza. Melalui nilai hampir setengah juta ringgit, wang yang patut diberikan kepada rakyat tidak digunakan sebaik-baiknya, malah disebarkan kepada khalayak bagi menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki.

Keadaan rakyat yang masih bekerja dari subuh hingga isyak masih ramai. Mereka mencari wang dan pendapatan untuk menyara kehidupan. Mendapat gaji RM700 adalah rahmat dari Allah SWT supaya anak-anak dapat makan dan bersekolah. Keadaan ini jauh beza dengan pemimpin yang membazirkan wang dan tidak peduli keadaan rakyat.

Sejarah telah banyak menunjukkan iktibar kepada pemimpin yang membazir seperti ini.

Lambang kecintaan Shah Jahan dan Mumtaz-i-Mahal ialah Taj Mahal. Keajaiban monumen ini adalah khusus pengabadian sang suami kepada isteri tercinta yang sudah mangkat. Karya agung dan tersohor ini adalah untuk sang isteri, iaitu demi cinta.

Kisah pembinaannya juga amat hebat. Monumen ini adalah projek paling mahal dalam sejarah dinasti Moghul. Akibatnya kerajaan Moghul itu hampir muflis. Ia mengambil masa selama 20 tahun iaitu dari 1630 hingga 1650, menggunakan 20,000 tenaga kerja. Rakyat juga menderita dan sengsara kerana beban cukai dinaikkan kepada 50 peratus. Rakyat tidak punya pilihan selain daripada menyokong dan menurut perintah maharaja.

Selain India, tamadun China juga mempunyai maharaja yang sikapnya lebih kurang sama. Semasa negara dilanda banjir besar, maharaja bermain layang-layang di perkarangan istana sedangkan rakyat menderita. Tindakannya itu ditegur oleh penasihat yang prihatin dengan keadaan rakyat. Ketika maharaja asyik melihat layang-layangnya terbang melayang, penasihat tadi memutuskan tali dan berkata, “ Tuanku, apabila bermain layang-layang, Tuanku akan sentiasa memandang ke atas, sedangkan di bawah, rakyat sedang menderita kerana banjir.”

Umpama jawapan yang diberikan oleh Shah jahan, maharaja itu berkata, “Layang-layang ini dihadiahkan oleh puteri beta untuk menghiburkan hati kerana sedih memikirkan nasib rakyat mangsa bencana.”

Dalam konteks global hari ini, banyak masalah yang akan timbul membuatkan kerajaan tidak stabil apabila terdapat jurang kekayaan yang ketara. Jika kerajaan sesebuah negara tidak memberi perhatian kepada penyelesaian isu-isu sosial, rakyat akan turun ke jalan-jalan raya semata-mata mengecam kerajaan kerana gagal melaksanakan keadilan sosial.

Pemimpin dipilih oleh rakyat untuk memimpin mereka, bukannya menikmati kesenangan hidup di atas penderitaan rakyat.

Reblogged from langitilahi

Kalau hendak difikirkan, duit rakyat ataupun tidak, membeli plat kereta berharga setengah juta tetap PEMBAZIRAN.

There is no denying about it. And you can never challenge that fact.

So money well spent? Definitely not.

Itulah nafsu….

Renung2kanlah…

Menilai seseorang itu…

Ana fikirkan mesej inilah yang terbaik untuk the “noisy neighbours” di hospitalku

Wahai sekelian calon syurga Allah, berhentilah menilai kelemahan orang lain dan sama sama lah kita berpesan dengan hikmah dan kasih sayang. Jagalah ukhwah dan silaturrahim. Sesungguhnya kita benar benar bersaudara dan buktikanlah dengan perbuatan wahai sahabatku yang baik.

- Pesanan Sham Kamikaze.

260412 – On call again tomorrow, enough rants, hasbunallahiwanikmalwakiil